Imam al-Ghazali mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak berhujjah.
Ia digelar Hujjatul Islam karena kemampuannya tersebut. Ia sangat
dihormati di dua dunia Islam yaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan
pusat kebesaran Islam. Ia berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu
pengetahuan. Imam al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan. Ia juga
sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir dan
mengembara serta meninggalkan kesenangan hidup demi mencari ilmu
pengetahuan. Sebelum beliau memulai pengembaraan, beliau telah
mempelajari karya ahli sufi ternama seperti al-Junaid Sabili dan Bayazid
Busthami. Imam al-Ghazali telah mengembara selama 10 tahun. Ia telah
mengunjungi tempat-tempat suci di daerah Islam yang luas seperti Mekkah,
Madinah, Jerusalem, dan Mesir. Ia terkenal sebagai ahli filsafat Islam
yang telah mengharumkan nama ulama di Eropa melalui hasil karyanya yang
sangat bermutu tinggi. Sejak kecil lagi beliau telah dididik dengan
akhlak yang mulia. Hal ini menyebabkan beliau benci kepada sifat riya,
megah, sombong, takabur, dan sifat-sifat tercela yang lain. Ia sangat
kuat beribadat, wara', zuhud, dan tidak gemar kepada kemewahan,
kepalsuan, kemegahan dan mencari sesuatu untuk mendapat ridha Allah SWT.
[sunting]Pendidikan
Pada tingkat dasar, beliau mendapat pendidikan secara gratis dari
beberapa orang guru karena kemiskinan keluarganya. Pendidikan yang
diperoleh pada peringkat ini membolehkan beliau menguasai Bahasa Arab
dan Parsi dengan fasih. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap ilmu,
beliau mula mempelajari ilmu ushuluddin, ilmu mantiq, usul
fiqih,filsafat, dan mempelajari segala pendapat keeempat mazhab hingga
mahir dalam bidang yang dibahas oleh mazhab-mazhab tersebut. Selepas
itu, beliau melanjutkan pelajarannya dengan Ahmad ar-Razkani dalam
bidang ilmu fiqih, Abu Nasr al-Ismail di Jarajan, dan Imam Harmaim di
Naisabur. Oleh sebab Imam al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu, beliau
telah dilantik menjadi mahaguru di Madrasah Nizhamiah (sebuah
universitas yang didirikan oleh perdana menteri) di Baghdad pada tahun
484 Hijrah. Kemudian beliau dilantik pula sebagai Naib Kanselor di sana.
Ia telah mengembara ke beberapa tempat seperti Mekkah,Madinah,Mesir dan
Jerusalem untuk berjumpa dengan ulama-ulama di sana untuk mendalami
ilmu pengetahuannya yang ada. Dalam pengembaraan, beliau menulis kitab
Ihya Ulumuddin yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan
pemikiran manusia dalam semua masalah.
[sunting]Tasawuf
Ihya Ulumuddin (Kebangkitan Ilmu-Ilmu Agama)[4], merupakan karyanya yang terkenal
Kimiya as-Sa'adah (Kimia Kebahagiaan)[5]
Misykah al-Anwar (The Niche of Lights)
[sunting]Filsafat
Maqasid al-Falasifah
Tahafut al-Falasifah,[6] buku ini membahas kelemahan-kelemahan para
filosof masa itu, yang kemudian ditanggapi oleh Ibnu Rushdi dalam buku
Tahafut al-Tahafut (The Incoherence of the Incoherence).
[sunting]Fiqih
Al-Mushtasfa min `Ilm al-Ushul
[sunting]Logika
Mi`yar al-Ilm (The Standard Measure of Knowledge)
al-Qistas al-Mustaqim (The Just Balance)
Mihakk al-Nazar fi al-Manthiq (The Touchstone of Proof in Logic)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar